Contoh RPH DSV Tahun 2
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual
Tahun 2
MEMBUAT CORAK
DAN REKAAN
Tahun
: 2 Merah
Bidang
: Membuat corak dan rekaan
Aktiviti
: Objek Buatan Manusia
Tajuk
:
Hiasan Topi Parti Hari Lahir
Masa
: 30 minit
Media
: Alat : Gunting dan pensel
Bahan : Topi Parti Hari Lahir,Kertas warna dan gam.
Bahan Bantu
mengajar : Contoh hasil
kerja yang telah siap
EMK
: TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual
seperti rupa,warna,imbangan,kontra dan harmoni yang terdapat pada alam
semulajadi,objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak
menggunakan teknik lipatan dan guntingan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual
menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat corak.
3. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual
dalam penghasilan corak lipatan guntingan.
4. Apreasiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi
Estetik : Murid dapat menyatakan unsure jalinan dan
warna,prinsip
keseimbangan dan penegasan pada corak teknik lipatan dan guntingan.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1
Rupa-motif/corak
2.1.1.2
Warna-kontra
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Imbangan
–simetri
2.1.2.2
Kontra-warna
2.1.2.3
Harmoni-perulangan motif
2.2 Aplikasi
Seni : Murid dapat mengetahui dan
memahami bahasa seni visual,media,serta
proses dan teknik dalam penghasilan gambar dengan teknik lipatan dan
guntingan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.2.1
Alat - gunting dan pensel.
2.2.2.2
Bahan -Topi Parti Hari Lahir,kertas ,kertas warna dan
gam
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya.
2.2.2.1
Teknik – lipatan dan guntingan
2.3 Ekspresi
Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan Bahasa Seni
visual,
kefahaman media,serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan
corak lipatan dan guntingan.
2.3.1 Memilih dan
mempelbagaikan bahan secara kreatif.
2.3.2 Mengaplikasikan
proses dan teknik lipatan dan guntingan dalam penghasilan corak
terancang.
2.3.3
Menggunakan bahasa seni visual : rupa,warna,imbangan,kontra dan harmoni dalam
penghasilan karya.
2.4 Apresiasi
Seni : Murid dapat membuat aspresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan
dengan memberikan penekanan pada Bahasa Seni Visual.
2.4.1
Mempamirkan karya yang dihasilkan.
2.4.2
Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
STANDARD PEMBELAJARAN
|
ILUSTRASI AKTIVITI
|
Persepsi estetik
-
Guru menunjukkan contoh lipatan dan guntingan.
-
Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni
dan prinsip rekaan
seperti jalinan,warna,kontra imbangan dan harmoni.
Aplikasi seni
- Guru menerangkan tentang alat
dan bahan
yang sesuai untuk menghasilkan corak.
-Guru menampalkan kertas warna
pada topi
sebagai
latar belakang dengan menggunakan
warna kontra.
-Guru menunjukkan teknik melipat
dan
menggunting kertas untuk
melipat dan
menggunting
kertas untuk menghasilkan corak.
*Guru menunjuk cara menampal corak
kertas warna pada topi.
Ekspresi Kreatif
Langkah 1
· Murid
melipat dan melakar
motif pada kertas warna.
· Murid
menggunting mengikut
lakaran motif.
Langkah 2
· Sapukan
gam pada bahagian belakang kertas warna yang telah digunting dan tampalkan
pada kertas yang berbeza warna.
Aspresiasi Seni Visual
·
Murid mempamerkan hasil kerja
sendiri dan rakan-rakan.
·
Murid menyatakan hasil corak lipatan
dan guntingan boleh dijadikan hiasan pada rekaan lain seperti kad
ucapan, penanda
buku,hiasan dinding, dan hiasan
bekas pensel.
|
Wahhh!!!!pnp yg sgt menarik..teruskan usaha...tahniah utk blog yg cantik ni...:))
ReplyDeleteSyabas kerana mempunyai blog yang menarik...teruskan usaha agar segala info dapat memberi manfaat.Insyaallah..
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS KOMEN YANG DIBERI.
ReplyDeleteTerima Kasih di atas perkongsian.
ReplyDeletesaya suka blog anda :)
ReplyDelete