Saturday 6 October 2012




Dunia Seni Visual Tahun 2 (KSSR) - Gasing (Kraf Tradisional)




Contoh RPH DSV Tahun 2






Contoh RPH DSV Tahun 2
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Dunia Seni Visual Tahun 2

MEMBUAT  CORAK DAN REKAAN
Tahun                                     :  2 Merah
Bidang                                   :  Membuat corak dan rekaan
Aktiviti                                   :  Objek Buatan Manusia
Tajuk                                      :  Hiasan Topi  Parti  Hari Lahir
Masa                                     :  30 minit
Media                                    :  Alat    : Gunting dan pensel
                                                 Bahan :  Topi Parti Hari Lahir,Kertas warna dan gam.
Bahan Bantu mengajar         :  Contoh hasil kerja yang telah siap
EMK                                       : TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

1.    Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti  rupa,warna,imbangan,kontra dan harmoni yang terdapat pada alam semulajadi,objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan.

2.    Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat corak.

3.    Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual dalam penghasilan corak lipatan guntingan.

4.    Apreasiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual dan budaya.


STANDARD PEMBELAJARAN
2.1  Persepsi Estetik   : Murid dapat menyatakan unsure jalinan dan warna,prinsip 
                                     keseimbangan dan penegasan pada corak teknik lipatan dan guntingan.
       2.1.1 Unsur seni
                 2.1.1.1           Rupa-motif/corak
                 2.1.1.2           Warna-kontra

      2.1.2  Prinsip rekaan
                 2.1.2.1           Imbangan –simetri
                 2.1.2.2           Kontra-warna
                 2.1.2.3           Harmoni-perulangan motif

2.2  Aplikasi Seni        : Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual,media,serta  
                                     proses dan teknik dalam penghasilan  gambar dengan teknik lipatan dan  
                                     guntingan.
     2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
               2.2.2.1             Alat        - gunting dan pensel.
               2.2.2.2             Bahan     -Topi Parti Hari Lahir,kertas ,kertas warna dan gam

    2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
              2.2.2.1              Teknik – lipatan dan guntingan


2.3  Ekspresi Kreatif   : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan Bahasa Seni visual,
                                     kefahaman media,serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan
                                     corak lipatan dan guntingan.

2.3.1    Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif.
2.3.2    Mengaplikasikan proses dan teknik lipatan dan guntingan dalam penghasilan corak   
            terancang.
2.3.3   Menggunakan bahasa seni visual : rupa,warna,imbangan,kontra dan harmoni dalam  
           penghasilan karya.

2.4 Apresiasi Seni       : Murid dapat membuat aspresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
                                     dengan memberikan penekanan pada Bahasa Seni Visual.
2.4.1  Mempamirkan karya yang dihasilkan.
2.4.2  Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan.


STANDARD PEMBELAJARAN

ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi estetik

-       Guru menunjukkan contoh lipatan dan guntingan.

-       Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip  rekaan seperti jalinan,warna,kontra imbangan dan harmoni.



Aplikasi seni
- Guru menerangkan tentang alat dan bahan  
   yang sesuai untuk menghasilkan corak.


-Guru menampalkan kertas warna pada topi  
 sebagai latar belakang dengan menggunakan
 warna kontra.


-Guru menunjukkan teknik melipat dan
 menggunting kertas untuk melipat dan
 menggunting kertas untuk menghasilkan corak.


*Guru menunjuk cara menampal corak 
  kertas warna pada  topi.



Ekspresi Kreatif

Langkah 1

·         Murid melipat dan melakar
motif pada kertas warna.

·         Murid menggunting mengikut
lakaran motif.



Langkah 2

·         Sapukan gam pada bahagian belakang kertas warna yang telah digunting dan tampalkan pada kertas yang berbeza warna.


Aspresiasi Seni Visual

·         Murid mempamerkan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.

·         Murid menyatakan hasil corak lipatan dan guntingan boleh dijadikan hiasan  pada rekaan lain seperti kad ucapan, penanda
buku,hiasan dinding, dan hiasan bekas pensel.